“Mengapa Bayar Lebih?
Belilah Dengan Harga Borong!” Hari ini, cawangan MYDIN yang kelima mula
beroperasi di Melaka Bandaraya Bersejarah iaitu MYDIN Pulau Sebang
selepas Pasar Raya Besar Mydin MiTC, Pasar Raya Besar Mydin Jasin, Bazar
Mydin Melaka dan Emporium Mydin Melaka. MYDIN Pulau Sebang terletak di
Lot No. PT 20 & PT 2053, Bandar Pulau Sebang, Jalan Besar, Pulau
Sebang, 78000 Alor Gajah, Melaka. Cawangan ini juga dikenali sebagai
MYDIN Tampin dalam kalangan penduduk setempat kerana lokasinya yang
terletak di sempadan Tampin, Negeri Sembilan dan Pulau Sebang, Melaka.
Majlis
pembukaan MYDIN Pulau Sebang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.)
Haji Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.
(MYDIN).
Turut hadir ialah barisan Ahli Lembaga Pengarah MYDIN yang lain.
“Alhamdulillah,
MYDIN Pulau Sebang kini dapat dibuka. Uniknya mengenai cawangan pasar
raya besar Mydin yang ke-23 ini adalah ciri bangunan dan landskapnya
yang berkonsepkan kelestarian alam seiring dengan seruan Kerajaan Negeri
Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau. MYDIN Pulau Sebang/Tampin
terletak di kawasan geografi yang sedang membangun. Saya yakin dengan
demografi setempat yang sedia ada ini, ianya mampu merancakkan
pertumbuhan sosio-ekonomi di sini. Pemilihan lokasi strategik yang
terletak di sempadan dua bandar iaitu bandar Pulau Sebang dan bandar
Tampin membolehkan penduduk di sekitarnya menikmati pembelian secara
harga borong di MYDIN sepanjang masa. Mengapa Bayar Lebih? Belilah
Dengan Harga Borong!”.
Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.
MYDIN Pulau Sebang merupakan Pasar Raya Besar Mydin yang ke-23 di
Malaysia. Satu lagi format perniagaan juga dibuka pada hari ini iaitu
cawangan baharu Kedai Serbaneka (MyMart) yang ke-12 d seluruh negara.
Secara holistiknya, MYDIN kini telah mempunyai324 cawangan dengan pelbagai konsep perniagaan.
PELABURAN RM150 JUTA
Nilai pelaburan untuk mendirikan MYDIN
Pulau Sebang ini ialah RM150 juta. Keluasan keseluruhan bangunan MYDIN
ialah 593, 406 kaki persegi. 127, 953 kaki persegi merupakan keluasan
pasar raya yang menjual pelbagai jenis segmen barangan seperti barangan
basah, makanan, aksesori, kesihatan, kecantikan, alat tulis, pakaian,
barangan dapur, peralatan sukan dan banyak lagi. Bahagian mall pula
berkeluasan 437, 026 kaki persegi yang merangkumi 58 lot kedai jualan
dan 24 lot bazaar. Antara penyewa tersebut adalah seperti Marrybrown,
Dazs Donuts & Coffee, Mee Tarik Warisan Asli, Cool Blog, Arabian
Delight, Time Galerie, Watsons, Qalisha Beauty dan banyak lagi.
Bersesuaian dengan konsep menawarkan harga borong dan penjimatan
sepanjang masa kepada pelanggan, MYDIN memilih lokasi kali ini setelah
mengambil kira keadaan sosio-ekonomi dan demografi masyarakat setempat.
Kewujudan MYDIN Pulau Sebang ini pastinya dapat membantu warga setempat
untuk mendapatkan barangan keperluan mereka dengan akses yang lebih
mudah pada harga yang berpatutan. Dengan tawaran harga yang berpatutan,
penduduk di kawasan sekitar bandar Pulau Sebang kini mempunyai lokasi
baru untuk membeli-belah. Malah, kewujudan pasar raya borong ini juga
diharapkan dapat berperanan sebagai pembekal kepada kedai-kedai runcit
serta restoran yang boleh mendapatkan pelbagai barangan di bawah satu
bumbung. Secara tidak langsung ianya dapat menjana ekonomi setempat dan
seterusnya mempromosikan kawasan Pulau Sebang sebagai salah satu pusat
untuk mendapatkan barangan secara borong.
Terdapat pelbagai
fasiliti yang disediakan di MYDIN Pulau Sebang seperti perkhidmatan
Wi-Fi, surau lelaki dan perempuan, perkhidmatan Mesin Wang Automatik
(ATM), 736 lot parkir kenderaan termasuklah parkir kenderaan bagi
golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), bilik penyusuan bayi, baby
stroller, wheelchair, medan selera, serta kemudahan membeli-belah yang
kondusif untuk keselesaan para pengunjung.
Keistimewaan dan kelainan yang ditawarkan kepada para pelanggan di MYDIN Pulau Sebang adalah:
Terletak di sebuah bandar cowboy yang berpotensi untuk membangun dalam masa beberapa tahun akan datang
Bangunan MYDIN pertama yang menggunakan warna hijau bagi menyahut
seruan kerajaan yang merealisasikan Melaka Bandar Teknologi Hijau
Berhadapan dengan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Pulau
Sebang/Tampin dimana merupakan laluan utama pengguna yang mengunakan rel
ke Melaka
Mall yang pertama yang mempunyai travellator yang menghubungkan medan selera ke pasar raya besar
Landskap lestari alam di mana cawangan pertama yang mempunyai taman
permainan untuk kanak-kanak dan laluan joging yang terletak di belakang
bangunan pasar raya
Mee Tarik Warisan Asli yang pertama di
Melaka boleh dinikmati di MYDIN Pulau Sebang (Cara pembuatan/tarikan mee
yang asli dari Lanzhou)
Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong! 5
Reka bentuk bangunan yang berkonsepkan futuristik yang menunjukkan MYDIN sedang maju dan berkembang
Lokasi strategik yang berhampiran dengan kawasan perumahan, pekan kecil, perkampungan dan lebuh raya
Terletak di kawasan berhampiran cawangan MYDIN yang sedia ada iaitu
MYDIN MiTC dan MYDIN Jasin. Ini memberikan kelebihan kepelbagaian
pilihan barangan dalam kuantiti yang lebih besar
Menawarkan produk HALAL sahaja dengan harga borong sepanjang masa
Pilihan yang lengkap dan pelbagai di bawah satu bumbung
Servis pemotongan untuk produk segar seperti daging, ayam dan ikan
Sistem susunan produk yang sistematik dan mesra pengguna
PEMBANGUNAN MODAL INSAN - 350 PELUANG PEKERJAAN
Pembukaan
MYDIN Pulau Sebang mewujudkan 350 peluang pekerjaan baru (300 jawatan
di bahagian pasar raya dan 50 jawatan yang merangkumi jawatan-jawatan di
bahagian Mall) untuk penduduk setempat. Secara tidak langsung,
pembukaan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara ini,
khususnya di Melaka dan Negeri Sembilan. Selain itu, kakitangan dapat
meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kerja yang berkaitan dengan
bidang peruncitan.
JUALAN PRODUK TAMBAHAN
AROMA, sudut
jualan makanan Ready to Eat (RTE) dijual dengan harga yang berpatutan
juga terdapat di MYDIN ini. Ianya adalah makanan yang telah siap dimasak
dan dibungkus supaya mudah dibawa serta boleh terus dimakan. Bagi
pelanggan yang ingin berjimat, untuk mendapatkan hidangan makanan,
mereka boleh mencuba makanan yang ada di RTE ini kerana RTE menawarkan
harga yang berpatutan. Jomlah, pastinya memuaskan hati anda!
MYDIN
Pulau Sebang juga memasarkan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Peruncit dan pengusaha kedai boleh terus mendapatkan bekalan produk KR1M
secara borong untuk dijual di kedai runcit masing-masing. Sementalahan
itu, produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti kuih
baulu, dodol, rempah masakan, kuih-muih dan pelbagai lagi juga boleh
didapati di MYDIN Pulau Sebang.
TANGGUNGJAWAB KORPORAT SOSIAL (CSR)
MYDIN menggalakkan semua
organisasi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan individu untuk
mengadakan aktiviti kemasyarakatan di MYDIN. Dalam usaha memenuhi
tanggungjawab korporat sosial ini, MYDIN selalu menawarkan harga borong
kepada semua pihak yang ingin membuat sebarang pembelian produk untuk
tujuan kebajikan. Di samping itu juga, MYDIN menyediakan satu kumpulan
staf yang khusus untuk membantu dalam aktiviti pembelian di aras jualan
dan pembungkusan barangan yang dibeli secara borong/pukal. Lazimnya,
MYDIN menerima banyak kerjasama sebegini di musim-musim perayaan dan di
musim awal persekolahan. Walau bagaimanapun, kerjasama dalam usaha
memenuhi tanggungjawab korporat sosial ini tidak terhad pada musim-musim
tertentu sahaja, MYDIN sentiasa siap siaga untuk menerima kerjasama
sebegini setiap masa walaupun pada hari-hari biasa.
PROMOSI PEMBUKAAN
Sempena
dengan pembukaan MYDIN Pulau Sebang ini, pelbagai tawaran istimewa
diberikan kepada para pengunjung yang hadir. Misalnya, sepanjang tempoh
tiga hari promosi, bermula 2 September 2016 hingga 4 September 2016,
pemberian baucar beli-belah MYDIN bernilai RM5.00 diberikan kepada
pemegang keahlian baru kad Meriah dan pembaharuan keahlian kad Meriah.
Keahlian
kad Meriah terbahagi kepada dua, iaitu Kad Meriah Biru dan Kad Meriah
Perak atau lebih dikenali sebagai pemborong. Sehingga kini, Kad Meriah
sudah melebihi 320,000 keahlian di seluruh Malaysia.
Selain itu,
para pelanggan MYDIN Pulau Sebang juga berpeluang menikmati promosi
harga istimewa bersempena dengan pembukaan cawangan baru ini seperti:
Carrie Junior Colouring Contest dan Caricature diadakan khas untuk
hiburan kanak-kanak usai para ibu bapa dan penjaga berbelanja di MYDIN
Pulau Sebang. Penampilan istimewa seperti Clown dan Magician, maskot
Carrie Junior dan maskot Marry Brown menggamitkan suasana meriah untuk
kanak-kanak. Selain itu cabutan bertuah juga diadakan buat para
pengunjung yang bertuah untuk membawa pulang hadiah menarik. Para
pembekal lain seperti Nestle dan P&G turut mengadakan pelbagai
aktiviti menarik. Maggi, Nescafe, Adabi, Mamee dan Supercoffee juga
mengedarkan sampel makanan dan minuman untuk para pelanggan.
Beberapa
selebriti dan penyampai radio tempatan daripada Suria FM, Melaka FM,
Negeri FM, THR Raaga, dan Astro juga turut memeriahkan majlis pembukaan
selama tiga hari berturut-turut. Alamilah sendiri keseronokan
membeli-belah dan berhibur di MYDIN!
Kamu boleh mengikuti promosi di https://www.facebook.com/MydinMalaysia/