Friday, September 2, 2016

MYDIN PULAU SEBANG KINI BEROPERASI!


“Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!” Hari ini, cawangan MYDIN yang kelima mula beroperasi di Melaka Bandaraya Bersejarah iaitu MYDIN Pulau Sebang selepas Pasar Raya Besar Mydin MiTC, Pasar Raya Besar Mydin Jasin, Bazar Mydin Melaka dan Emporium Mydin Melaka. MYDIN Pulau Sebang terletak di Lot No. PT 20 & PT 2053, Bandar Pulau Sebang, Jalan Besar, Pulau Sebang, 78000 Alor Gajah, Melaka. Cawangan ini juga dikenali sebagai MYDIN Tampin dalam kalangan penduduk setempat kerana lokasinya yang terletak di sempadan Tampin, Negeri Sembilan dan Pulau Sebang, Melaka.
Majlis pembukaan MYDIN Pulau Sebang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (MYDIN).
Turut hadir ialah barisan Ahli Lembaga Pengarah MYDIN yang lain.

“Alhamdulillah, MYDIN Pulau Sebang kini dapat dibuka. Uniknya mengenai cawangan pasar raya besar Mydin yang ke-23 ini adalah ciri bangunan dan landskapnya yang berkonsepkan kelestarian alam seiring dengan seruan Kerajaan Negeri Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau. MYDIN Pulau Sebang/Tampin terletak di kawasan geografi yang sedang membangun. Saya yakin dengan demografi setempat yang sedia ada ini, ianya mampu merancakkan pertumbuhan sosio-ekonomi di sini. Pemilihan lokasi strategik yang terletak di sempadan dua bandar iaitu bandar Pulau Sebang dan bandar Tampin membolehkan penduduk di sekitarnya menikmati pembelian secara harga borong di MYDIN sepanjang masa. Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!”.

Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.

MYDIN Pulau Sebang merupakan Pasar Raya Besar Mydin yang ke-23 di Malaysia. Satu lagi format perniagaan juga dibuka pada hari ini iaitu cawangan baharu Kedai Serbaneka (MyMart) yang ke-12 d seluruh negara. Secara holistiknya, MYDIN kini telah mempunyai324 cawangan dengan pelbagai konsep perniagaan.

PELABURAN RM150 JUTA
Nilai pelaburan untuk mendirikan MYDIN Pulau Sebang ini ialah RM150 juta. Keluasan keseluruhan bangunan MYDIN ialah 593, 406 kaki persegi. 127, 953 kaki persegi merupakan keluasan pasar raya yang menjual pelbagai jenis segmen barangan seperti barangan basah, makanan, aksesori, kesihatan, kecantikan, alat tulis, pakaian, barangan dapur, peralatan sukan dan banyak lagi. Bahagian mall pula berkeluasan 437, 026 kaki persegi yang merangkumi 58 lot kedai jualan dan 24 lot bazaar. Antara penyewa tersebut adalah seperti Marrybrown, Dazs Donuts & Coffee, Mee Tarik Warisan Asli, Cool Blog, Arabian Delight, Time Galerie, Watsons, Qalisha Beauty dan banyak lagi.
Bersesuaian dengan konsep menawarkan harga borong dan penjimatan sepanjang masa kepada pelanggan, MYDIN memilih lokasi kali ini setelah mengambil kira keadaan sosio-ekonomi dan demografi masyarakat setempat. Kewujudan MYDIN Pulau Sebang ini pastinya dapat membantu warga setempat untuk mendapatkan barangan keperluan mereka dengan akses yang lebih mudah pada harga yang berpatutan. Dengan tawaran harga yang berpatutan, penduduk di kawasan sekitar bandar Pulau Sebang kini mempunyai lokasi baru untuk membeli-belah. Malah, kewujudan pasar raya borong ini juga diharapkan dapat berperanan sebagai pembekal kepada kedai-kedai runcit serta restoran yang boleh mendapatkan pelbagai barangan di bawah satu bumbung. Secara tidak langsung ianya dapat menjana ekonomi setempat dan seterusnya mempromosikan kawasan Pulau Sebang sebagai salah satu pusat untuk mendapatkan barangan secara borong.

Terdapat pelbagai fasiliti yang disediakan di MYDIN Pulau Sebang seperti perkhidmatan Wi-Fi, surau lelaki dan perempuan, perkhidmatan Mesin Wang Automatik (ATM), 736 lot parkir kenderaan termasuklah parkir kenderaan bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), bilik penyusuan bayi, baby stroller, wheelchair, medan selera, serta kemudahan membeli-belah yang kondusif untuk keselesaan para pengunjung.
Keistimewaan dan kelainan yang ditawarkan kepada para pelanggan di MYDIN Pulau Sebang adalah:
 Terletak di sebuah bandar cowboy yang berpotensi untuk membangun dalam masa beberapa tahun akan datang
 Bangunan MYDIN pertama yang menggunakan warna hijau bagi menyahut seruan kerajaan yang merealisasikan Melaka Bandar Teknologi Hijau
 Berhadapan dengan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Pulau Sebang/Tampin dimana merupakan laluan utama pengguna yang mengunakan rel ke Melaka
 Mall yang pertama yang mempunyai travellator yang menghubungkan medan selera ke pasar raya besar
 Landskap lestari alam di mana cawangan pertama yang mempunyai taman permainan untuk kanak-kanak dan laluan joging yang terletak di belakang bangunan pasar raya
 Mee Tarik Warisan Asli yang pertama di Melaka boleh dinikmati di MYDIN Pulau Sebang (Cara pembuatan/tarikan mee yang asli dari Lanzhou)
Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong! 5
 Reka bentuk bangunan yang berkonsepkan futuristik yang menunjukkan MYDIN sedang maju dan berkembang
 Lokasi strategik yang berhampiran dengan kawasan perumahan, pekan kecil, perkampungan dan lebuh raya
 Terletak di kawasan berhampiran cawangan MYDIN yang sedia ada iaitu MYDIN MiTC dan MYDIN Jasin. Ini memberikan kelebihan kepelbagaian pilihan barangan dalam kuantiti yang lebih besar
 Menawarkan produk HALAL sahaja dengan harga borong sepanjang masa
 Pilihan yang lengkap dan pelbagai di bawah satu bumbung
 Servis pemotongan untuk produk segar seperti daging, ayam dan ikan
 Sistem susunan produk yang sistematik dan mesra pengguna

PEMBANGUNAN MODAL INSAN - 350 PELUANG PEKERJAAN
Pembukaan MYDIN Pulau Sebang mewujudkan 350 peluang pekerjaan baru (300 jawatan di bahagian pasar raya dan 50 jawatan yang merangkumi jawatan-jawatan di bahagian Mall) untuk penduduk setempat. Secara tidak langsung, pembukaan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara ini, khususnya di Melaka dan Negeri Sembilan. Selain itu, kakitangan dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kerja yang berkaitan dengan bidang peruncitan.

JUALAN PRODUK TAMBAHAN
AROMA, sudut jualan makanan Ready to Eat (RTE) dijual dengan harga yang berpatutan juga terdapat di MYDIN ini. Ianya adalah makanan yang telah siap dimasak dan dibungkus supaya mudah dibawa serta boleh terus dimakan. Bagi pelanggan yang ingin berjimat, untuk mendapatkan hidangan makanan, mereka boleh mencuba makanan yang ada di RTE ini kerana RTE menawarkan harga yang berpatutan. Jomlah, pastinya memuaskan hati anda!

MYDIN Pulau Sebang juga memasarkan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Peruncit dan pengusaha kedai boleh terus mendapatkan bekalan produk KR1M secara borong untuk dijual di kedai runcit masing-masing. Sementalahan itu, produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti kuih baulu, dodol, rempah masakan, kuih-muih dan pelbagai lagi juga boleh didapati di MYDIN Pulau Sebang.

TANGGUNGJAWAB KORPORAT SOSIAL (CSR)
MYDIN menggalakkan semua organisasi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan individu untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan di MYDIN. Dalam usaha memenuhi tanggungjawab korporat sosial ini, MYDIN selalu menawarkan harga borong kepada semua pihak yang ingin membuat sebarang pembelian produk untuk tujuan kebajikan. Di samping itu juga, MYDIN menyediakan satu kumpulan staf yang khusus untuk membantu dalam aktiviti pembelian di aras jualan dan pembungkusan barangan yang dibeli secara borong/pukal. Lazimnya, MYDIN menerima banyak kerjasama sebegini di musim-musim perayaan dan di musim awal persekolahan. Walau bagaimanapun, kerjasama dalam usaha memenuhi tanggungjawab korporat sosial ini tidak terhad pada musim-musim tertentu sahaja, MYDIN sentiasa siap siaga untuk menerima kerjasama sebegini setiap masa walaupun pada hari-hari biasa.

PROMOSI PEMBUKAAN
Sempena dengan pembukaan MYDIN Pulau Sebang ini, pelbagai tawaran istimewa diberikan kepada para pengunjung yang hadir. Misalnya, sepanjang tempoh tiga hari promosi, bermula 2 September 2016 hingga 4 September 2016, pemberian baucar beli-belah MYDIN bernilai RM5.00 diberikan kepada pemegang keahlian baru kad Meriah dan pembaharuan keahlian kad Meriah.
Keahlian kad Meriah terbahagi kepada dua, iaitu Kad Meriah Biru dan Kad Meriah Perak atau lebih dikenali sebagai pemborong. Sehingga kini, Kad Meriah sudah melebihi 320,000 keahlian di seluruh Malaysia.
Selain itu, para pelanggan MYDIN Pulau Sebang juga berpeluang menikmati promosi harga istimewa bersempena dengan pembukaan cawangan baru ini seperti:


Carrie Junior Colouring Contest dan Caricature diadakan khas untuk hiburan kanak-kanak usai para ibu bapa dan penjaga berbelanja di MYDIN Pulau Sebang. Penampilan istimewa seperti Clown dan Magician, maskot Carrie Junior dan maskot Marry Brown menggamitkan suasana meriah untuk kanak-kanak. Selain itu cabutan bertuah juga diadakan buat para pengunjung yang bertuah untuk membawa pulang hadiah menarik. Para pembekal lain seperti Nestle dan P&G turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik. Maggi, Nescafe, Adabi, Mamee dan Supercoffee juga mengedarkan sampel makanan dan minuman untuk para pelanggan.
Beberapa selebriti dan penyampai radio tempatan daripada Suria FM, Melaka FM, Negeri FM, THR Raaga, dan Astro juga turut memeriahkan majlis pembukaan selama tiga hari berturut-turut. Alamilah sendiri keseronokan membeli-belah dan berhibur di MYDIN!

Kamu boleh mengikuti promosi di https://www.facebook.com/MydinMalaysia/

No comments:

Popular Posts