Showing posts with label midvalley. Show all posts
Showing posts with label midvalley. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

DOVE MEMBAIKPULIH RAMBUT ROSAK

BERSERONOKLAH DENGAN RAMBUT ANDA - DOVE MEMBAIKPULIH RAMBUT ROSAK
Laporan baru daripada Dove Hair mendapati lapan daripada sepuluh wanita masa kini mempunyai masalah rambut rosak. Usah kecewa – berseronoklah rambut anda!

Semalam, saya mengharidi event di Midvally, saya tahu semua orang keinginan untuk mendapatkan rambut yang cantik semula jadi, yang sering didorong oleh tekanan budaya yang kompleks, menjadikan “kerosakan rambut” sebagai satu masalah paling normal di dunia. Hasil penemuan laporan kecantikan terkini daripada Dove Hair mendapati lapan daripada sepuluh wanita masa kini mempunyai masalah kerosakan rambut. Laporan tersebut memberikan pandangan secara global mengenai masalah rambut rosak yang sudah menjadi kelaziman wanita zaman moden. Laporan tersebut turut mendedahkan faktor-faktor yang mendorong kepada permasalahan ini.

Kaum wanita gemarkan kepelbagaian dalam menggayakan rambut. Namun, mereka juga menyedari bahawa rutin penggayaan rambut mereka boleh menyebabkan kerosakan pada rambut. Samada mengeringkan rambut dengan alat pengering, mengeriting, melurus, mewarna atau menyerlahkan warna rambut – terdapat pelbagai gaya untuk di cuba. Walaupun gemar menukar gaya rambut dari semasa ke semasa, wanita juga tahu bahawa kekerapan menukar gaya rambut akan memberi kesan kepada rambut mereka dalam jangka panjang dan akan lebih mudah rosak. Kerosakan tersebut berpunca daripada kombinasi rawatan bahan kimia, rutin dandanan dan faktor alam sekitar.




 Heng Hui Ling, Pengurus Jenama Dove Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Kerosakan rambut ternyata sesuatu yang menjadi kebimbangan ramai wanita. Ia menjejaskan keyakinan diri dan membuatkan mereka berasa kurang menarik. Dove percaya wanita seharusnya memperoleh kebebasan untuk berseronok dengan rambut mereka tanpa takut akan rambut rosak, dan bagi pihak ramai wanita yang telah mengalami kerosakan rambut, Dove mahu mereka tahu bahawa mereka tidak sendirian, 'kerosakan rambut' adalah sesuatu yang normal, dan terdapat penyelesaian kepada masalah ini. Dove komited dalam membantu wanita untuk membaikpulih masalah rambut, dan melaksanakannya dengan penghasilan produk yang benar-benar berkesan,” kata Heng Hui Ling, Pengurus Jenama Dove Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Tambah beliau lagi, “Setiap wanita mengimpikan untuk kelihatan menarik dan mempunyai rambut yang cantik boleh meningkatkan keyakinan diri mereka. Justeru Dove melancarkan kempen ‘Go Play with your Hair’. Dove mahu wanita kaum mengatasi rasa takut tentang rambut rosak dan sebaliknya, menjadi berani dan bebas untuk bereksperimen dengan gaya rambut berbeza atau meneruskan rutin penggayaan rambut yang mereka gemari dengan mengetahui bahawa Dove dapat membantu untuk memperbaiki kerosakan tersebut”.


Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa rambut yang rosak turut memberi kesan emosi yang mendalam. Yang pasti, ramai wanita menunjukkan pelbagai emosi negatif akibat kerosakan rambut – suatu masalah yang dapat diatasi oleh Dove.

Satu kajian digital yang dijalankan di kalangan 2,000 wanita di Malaysia mendedahkan beberapa fakta menarik:
  • 71% kajian daripada wanita berkata mereka sering berada di bawah sinaran matahari setiap hari
  • 66% daripada wanita selalu mengeringkan rambut mereka menggunakan pengering rambut
  • 73% daripada wanita menyikat rambut mereka ketika basah

Kerosakan rambut bukan sahaja berpunca daripada mewarnakan atau mengeriting rambut tetapi rutin setiap hari seperti menyikat, mengeringkan rambut dan juga pendedahan kepada pancaran UV turut mendorong kepada kerosakan tersebut. Rambut basah adalah lebih lembut dan mudah pecah, justeru menyikatnya dalam keadaan basah boleh menyebabkan kerosakan. Malah ketika mengeringkan rambut menggunakan pengering, ia boleh menyingkirkan lembapan dari rambut dan kepanasan dari pengering tersebut akan merosakkan serat rambut. Kebanyakan kita berada di luar untuk bekerja atau bersantai dan pancaran UV yang berbahaya dari cahaya matahari boleh memecahkan partikel serat halus pada rambut dan menyingkirkan minyak semula jadinya. Dove Intensive Repair berfungsi pada tahap selular untuk melindungi dan menguatkan rambut yang rosak. Rangkaian Dove Intense Repair yang mengandungi Keratin Repair Actives bertindak pada tahap selular struktur rambut untuk membantu dan membina semula protein yang rosak, menjadikan rambut kuat dan berdaya tahan. Kesemua produk dalam rangkaian Dove Intense Repair berbau harum, tekstur yang mewah dan dicipta untuk menceriakan deria seperti mana ia bertindak dengan berkesan terhadap kerosakan rambut.

Dari Kiri Sarah, di kanan adalah blogger Fish.

Sarah Abu Husin, wanita Dove berkongsi pengalamannya, “Saya mempunyai rambut yang sedikit keriting secara semula jadi. Kerja saya pula memerlukan saya sentiasa berada di bawah terik matahari dan mengeringkan rambut dengan alat pengering untuk kelihatan menawan. Pendedahan kepada pancaran UV dan panas terik setiap hari menyebabkan rambut saya rosak dan hujung rambut menajdi bercabang. Rambut saya turut kelihatan kusam. Lantaran itu, saya tidak mahu melakukan sebarang penggayaan pada rambut saya kerana bimbang rambut akan rosak. Selepas mencuba Dove Intense Repair, saya tidak perlu bimbang lagi dengan kerosakan sebaliknya terus berseronok dengan rambut saya! Ia telah meningkatkan keyakinan diri kerana rambut saya kelihatan bergaya dan juga lebih sihat!”

Terima Kasih Dove menjemput saya ke Dove hair event.

Para media mendapat pengalaman cucian rambut dan tips dari pakar stylish rambut.
Kamu juga dapat membuat accessori rambut sendiri.



Banyak accesorie untuk dipilih! 


Saya bersama dengan blogger Miera, tengok rambut kita after wash and blow! :D
Kita pun pakai accessory yang kita buat. 

Goodie by Dove hair, terima kasih Dove.
Kalau ada pergi melancong, senang membawa travel size Dove. 

Gambar saya yang hair wash dengan memakai product Dove intense repair theraphy shampoo.

Sempena pelancaran kempen berkenaan, wanita Malaysia boleh menyertai kempen “Go Play with your Hair” dengan melayari www.dovehair.com.my. Langkahnya termasuk: -
  • Ia mengandungi lima (5) cabaran seperti berikut (nama Cabaran dan hashtag masing-masing):
    • Play With Sunshine (#DoveChallenge1)
    • Play With Colours (#DoveChallenge2)
    • Play With Curls (#DoveChallenge3)
    • Play With Straight Strands (#DoveChallenge4)
    • Play With Styles (#DoveChallenge5)
  • Muat naik gambar berdasarkan cabaran mengikut pilihan masing-masing dan peserta boleh menghantar beberapa penyertaan
  • Tempoh peraduan: 17 Oktober 2014 – 28 November 2014

Berdasarkan gaya rambut paling kreatif dan bilangan cabaran yang disertai, pemenang hadiah utama berpeluang membawa pulang hadiah percutian ke Boracay, Filipina bernilai RM4,500 selama 4 hari dan 3 malam. Terdapat juga 10 pemenang mingguan yang akan membawa pulang Kit Dandanan Rambut 6 dalam 1 dan rangkaian Dove Intense Repair yang bernilai RM100 setiap satu.

Lakukan sesuatu yang luar biasa dengan rambut anda dan berseronoklah - Dove akan menyelesaikan sebarang masalah kerosakan rambut!

Tuesday, October 29, 2013

I have knee injury

The other day I was in Midvalley for an event and I didn't watch out the ceramic chair. I knocked into and getting my knee injury. Yeah the pain is getting worst, I have put patch for my left knee.

Sometimes I am clumsy and I didn't watch where I am going. One time in One Utama with my son, I have sprained my right ankle because I didn't watch the steps of stairs. Imagine I fell from the stairs and instantly sprained my ankle. It was on Saturday, I know I have to be more careful next time.

My right ankle no more pain but its my left knee that is in pain.

Wednesday, February 27, 2013

Miss out watching Jack The Giant Slayer

I miss out going to the movie that I won, 9.30 movie tonight Jack The Giant Slayer. I wanted to watch this movie badly, I won the movie pass from Facebook contest. I just cannot believe that they told me I only won a pass! They says that it would my own risk if I bring a person along to watch with me. They did mention that they may have the extra passes but there is no guarantee.

Well it is last minute, they inform me of I have got two movie passes instead of one. By the time I read their message 5pm in the evening, you know traffic jam has started. Anyway I didn't make it for the movie I told them they can pass to others.

Not making to the movie I spend time with my son for 15minutes at playground, guide him to do his homework. Nevermind I didn't able to watch this movie tonight, I will make it up with my dear and son as we plan to watch movie together.

Popular Posts