BERSERONOKLAH
DENGAN RAMBUT ANDA - DOVE MEMBAIKPULIH RAMBUT ROSAK
Laporan
baru daripada Dove Hair mendapati lapan daripada sepuluh wanita masa
kini mempunyai masalah rambut rosak. Usah kecewa – berseronoklah
rambut anda!
Semalam, saya mengharidi event di Midvally, saya tahu semua orang keinginan
untuk mendapatkan rambut yang cantik semula jadi, yang sering
didorong oleh tekanan budaya yang kompleks, menjadikan “kerosakan
rambut” sebagai satu masalah paling normal di dunia. Hasil penemuan
laporan kecantikan terkini daripada Dove Hair mendapati lapan
daripada sepuluh wanita masa kini mempunyai masalah kerosakan rambut.
Laporan tersebut memberikan pandangan secara global mengenai masalah
rambut rosak yang sudah menjadi kelaziman wanita zaman moden. Laporan
tersebut turut mendedahkan faktor-faktor yang mendorong kepada
permasalahan ini.
Kaum
wanita gemarkan kepelbagaian dalam menggayakan rambut. Namun, mereka
juga menyedari bahawa rutin penggayaan rambut mereka boleh
menyebabkan kerosakan pada rambut. Samada mengeringkan rambut dengan
alat pengering, mengeriting, melurus, mewarna atau menyerlahkan warna
rambut – terdapat pelbagai gaya untuk di cuba. Walaupun gemar
menukar gaya rambut dari semasa ke semasa, wanita juga tahu bahawa
kekerapan menukar gaya rambut akan memberi kesan kepada rambut mereka
dalam jangka panjang dan akan lebih mudah rosak. Kerosakan tersebut
berpunca daripada kombinasi rawatan bahan kimia, rutin dandanan dan
faktor alam sekitar.
Heng Hui Ling, Pengurus Jenama Dove Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
“Kerosakan
rambut ternyata sesuatu yang menjadi kebimbangan ramai wanita. Ia
menjejaskan keyakinan diri dan membuatkan mereka berasa kurang
menarik. Dove percaya wanita seharusnya memperoleh kebebasan untuk
berseronok dengan rambut mereka tanpa takut akan rambut rosak, dan
bagi pihak ramai wanita yang telah mengalami kerosakan rambut, Dove
mahu mereka tahu bahawa mereka tidak sendirian, 'kerosakan rambut'
adalah sesuatu yang normal, dan terdapat penyelesaian kepada
masalah ini. Dove komited dalam membantu wanita untuk membaikpulih
masalah rambut, dan melaksanakannya dengan penghasilan produk yang
benar-benar berkesan,” kata Heng Hui Ling, Pengurus Jenama Dove
Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
Tambah
beliau lagi, “Setiap wanita mengimpikan untuk kelihatan menarik dan
mempunyai rambut yang cantik boleh meningkatkan keyakinan diri
mereka. Justeru Dove melancarkan kempen ‘Go Play with your Hair’.
Dove mahu wanita kaum mengatasi rasa takut tentang rambut rosak dan
sebaliknya, menjadi berani dan bebas untuk bereksperimen dengan gaya
rambut berbeza atau meneruskan rutin penggayaan rambut yang mereka
gemari dengan mengetahui bahawa Dove dapat membantu untuk memperbaiki
kerosakan tersebut”.
Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa rambut yang rosak turut memberi kesan emosi yang mendalam. Yang pasti, ramai wanita menunjukkan pelbagai emosi negatif akibat kerosakan rambut – suatu masalah yang dapat diatasi oleh Dove.
Satu
kajian digital yang dijalankan di kalangan 2,000 wanita di Malaysia
mendedahkan beberapa fakta menarik:
- 71% kajian daripada wanita berkata mereka sering berada di bawah sinaran matahari setiap hari
- 66% daripada wanita selalu mengeringkan rambut mereka menggunakan pengering rambut
- 73% daripada wanita menyikat rambut mereka ketika basah
Kerosakan
rambut bukan sahaja berpunca daripada mewarnakan atau mengeriting
rambut tetapi rutin setiap hari seperti menyikat, mengeringkan rambut
dan juga pendedahan kepada pancaran UV turut mendorong kepada
kerosakan tersebut. Rambut basah adalah lebih lembut dan mudah pecah,
justeru menyikatnya dalam keadaan basah boleh menyebabkan kerosakan.
Malah ketika mengeringkan rambut menggunakan pengering, ia boleh
menyingkirkan lembapan dari rambut dan kepanasan dari pengering
tersebut akan merosakkan serat rambut. Kebanyakan kita berada di luar
untuk bekerja atau bersantai dan pancaran UV yang berbahaya dari
cahaya matahari boleh memecahkan partikel serat halus pada rambut dan
menyingkirkan minyak semula jadinya. Dove Intensive Repair berfungsi
pada tahap selular untuk melindungi dan menguatkan rambut yang rosak.
Rangkaian Dove Intense Repair yang mengandungi Keratin Repair Actives
bertindak pada tahap selular struktur rambut untuk membantu dan
membina semula protein yang rosak, menjadikan rambut kuat dan berdaya
tahan. Kesemua produk dalam rangkaian Dove Intense Repair berbau
harum, tekstur yang mewah dan dicipta untuk menceriakan deria seperti
mana ia bertindak dengan berkesan terhadap kerosakan rambut.
Dari Kiri Sarah, di kanan adalah blogger Fish.
Sarah
Abu Husin, wanita Dove berkongsi pengalamannya, “Saya mempunyai
rambut yang sedikit keriting secara semula jadi. Kerja saya pula
memerlukan saya sentiasa berada di bawah terik matahari dan
mengeringkan rambut dengan alat pengering untuk kelihatan menawan.
Pendedahan kepada pancaran UV dan panas terik setiap hari menyebabkan
rambut saya rosak dan hujung rambut menajdi bercabang. Rambut saya
turut kelihatan kusam. Lantaran itu, saya tidak mahu melakukan
sebarang penggayaan pada rambut saya kerana bimbang rambut akan
rosak. Selepas mencuba Dove Intense Repair, saya tidak perlu bimbang
lagi dengan kerosakan sebaliknya terus berseronok dengan rambut saya!
Ia telah meningkatkan keyakinan diri kerana rambut saya kelihatan
bergaya dan juga lebih sihat!”
Terima Kasih Dove menjemput saya ke Dove hair event.
Para media mendapat pengalaman cucian rambut dan tips dari pakar stylish rambut.
Kamu juga dapat membuat accessori rambut sendiri.
Banyak accesorie untuk dipilih!
Saya bersama dengan blogger Miera, tengok rambut kita after wash and blow! :D
Kita pun pakai accessory yang kita buat.
Goodie by Dove hair, terima kasih Dove.
Kalau ada pergi melancong, senang membawa travel size Dove.
Gambar saya yang hair wash dengan memakai product Dove intense repair theraphy shampoo.
Sempena
pelancaran kempen berkenaan, wanita Malaysia boleh menyertai kempen
“Go Play with your Hair” dengan melayari www.dovehair.com.my.
Langkahnya termasuk: -
- Ia mengandungi lima (5) cabaran seperti berikut (nama Cabaran dan hashtag masing-masing):
- Play With Sunshine (#DoveChallenge1)
- Play With Colours (#DoveChallenge2)
- Play With Curls (#DoveChallenge3)
- Play With Straight Strands (#DoveChallenge4)
- Play With Styles (#DoveChallenge5)
- Muat naik gambar berdasarkan cabaran mengikut pilihan masing-masing dan peserta boleh menghantar beberapa penyertaan
- Tempoh peraduan: 17 Oktober 2014 – 28 November 2014
Berdasarkan
gaya rambut paling kreatif dan bilangan cabaran yang disertai,
pemenang hadiah utama berpeluang membawa pulang hadiah percutian ke
Boracay, Filipina bernilai RM4,500 selama 4 hari dan 3 malam.
Terdapat juga 10 pemenang mingguan yang akan membawa pulang Kit
Dandanan Rambut 6 dalam 1 dan rangkaian Dove Intense Repair yang
bernilai RM100 setiap satu.
Lakukan
sesuatu yang luar biasa dengan rambut anda dan berseronoklah - Dove
akan menyelesaikan sebarang masalah kerosakan rambut!
No comments:
Post a Comment