Wednesday, October 21, 2015

MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015


Bulan November ini merupakan momen yang ditunggu-tunggu oleh semua pecinta seni jalan, karyawan, artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) yang akan di adakan di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Festival Seni Jalanan atau dikenali sebagai ‘Street Arts Festival’ bukanlah suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program seperti ini dan ternya ia dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan industri pelancongan dan kebudayaan negara.

Festival yang akan berlansung pada 7 hingga 8 November 2015 bertujuan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarakat bandar/urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Ini kerana ia juga boleh menjadi salah satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis serta karyawan untuk memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai. Selain itu, festival seperti ini juga dapat membina dan membuka peluang perniagaan kepada usahawan termasuk artis tempatan dalam industri kreatif serta makanan.

MSAF ini telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir seperti Konsert; Kartun dan Komik termasuk kemunculan Karektor Kartun terkenal BoboiBoy dan Megamind; Persembahan serta Pertandingan Buskers dan Band Indie; Mural dan Graffiti; Barber dan Clothing ; Perhimpunan ‘Bikers’; Pertandingan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer) dan Trak Makanan (Food Truck). Barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi kehangatan festival ini ialah Akim & Majistret, Bunkface, Lan Typrewriter, S.O.G, Ana Rafali, Shiha, Ainan Tasneem dan Sakura Band. MSAF juga turut membawa pameran khas iaitu Pameran ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini Auditorium dan Galeri MaTiC mulai 6 hingga 8 November 2015.

Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai salah satu ikon dan pusat informasi pelancongan dan kebudayaan negara. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan ‘memukau’ perhatian anda! Jom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!

No comments:

Popular Posts